Wednesday, 18 January 2012






Bila nak start terpikir soal jodoh, mesti hati jadi tunggang langgang sbb..

dah cukup solehah ke nak carik yang soleh?
dah cukup ilmu ke nak bimbing kalau si dia jahil ilmu?
dah cukup penyabar ke kalau dapat si pemarah?
... ... dah cukup ilmu ke soal tanggungjawab berumahtangga?
dah cukup ke tu? dah cukup ke nie?..........

tp niat hati hanyalah nak mencukupi mana yang kurang, mengamalkan sikap memberi mana yang tiada, nak mencintai seseorg yang selayaknya. (JODOH = rahsia Allah). Jadi serahkan hati padaNYa pasti hati menjadi tenang dan yakinlah pada ketentuanNya.^_^

sabar wahai hati....

**USAH BERSEDIH**

♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI

♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU
... ...
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

• ♥•KhAs bUaT WaNiTa ♥•


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
... ... fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,


Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!!!

Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah.....

di Sebalik Nama

Maksud Nama - Huruf
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A- Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan
selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah
mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu
marahnya mudah reda.
B- Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah
ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya
amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C- Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-
rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang
dihadapi adalah remeh.
D- Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E-Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang
bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh
membuatkan hati orang lain terluka.
F-Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar
memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G-Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar
ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika
rakannya sedang tekun.
H-Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita
terlalu tinggi.
I-Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan
cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J-Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K-Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L-Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan
mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya,
tidak menepati masa.
M-Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan
keras kepala.
N-Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong
orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
percaya diri.
O-Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang
lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P-Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering
melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q-Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R-Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan
bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal
bicara ketika marah.
S-Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka
memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika
sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T-Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka
mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup,
terutama bila bersalah.
U-Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak
tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan
orang ramai.
V-Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga
pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka
berterus terang.
W-Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan
ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.
X-Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan
tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y-Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun
sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z-Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu
dan gemar menonjolkan diri.

Tuesday, 3 January 2012

Apabila Timbul Perasaan Suka Pada Seseorang


"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Irdina. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.

"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.

"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"

"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Irdina... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."

"Aiwahhh.... Ustazah Raihana dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Irdina?"

"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".

"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"

************************

Dilema?

Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?

ATAU

Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?

ATAU

Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?

**********************

Apa pilihannya? Keliru?

Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.

Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.

Apa yang penting?

Kesucian jiwa.

"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)

Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.

Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.

Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.

***********************


Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.
dipetik dari :pen patah

Thursday, 22 December 2011

Kenapa Awak Masih Keseorangan Tanpa Teman?

Rasanya saya bukanlah orang yang pertama mengajukan soalan di atas kepada awak. Betul tak? Mungkin awak sudah bosan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:

"Bila awak nak cari teman lelaki?"
"Bila awak nak kahwin?"
"Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"

dan sebagainya.

Saya faham... awak bukannya tidak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.

Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah awak hanya memandang awak sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada awak? Adakah awak ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah awak tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?

Tidak! Awak tidak mendapat teman lelaki ataupun suami kerana awak tidak mencari cinta tersebut

**ramai yang mengatakan bahawa jodoh takkan datang sekiranya tak di cari..insyaallah jodoh dari Allah itu akan datang dengan sendirinya..BERSABARLAH

****tapi ketahuilah setiap benda hidup kat muka bumi ini di ciptakan berpasang-pasangan..jodoh kiter telah ditentukan sejak d Luh Mahfuz lagi..cuma kiter tidak tahu bila dan dimana kiter akan bertemu jodoh tersebut..JODOH KITA HANYA TUHAN TELAH TETAPKAN..so,jangan bersedih sekiranya orang-orang keliling bertanyakan soalan sedemikian terhadap anda..

****anda hanya perlu bersabar dan berusaha..setiap apa yang kiter rancang tak semestinya akan terjadi sekiranya YANG MAHA ESA tak mengizinkan ia berlaku..