Tuesday 4 December 2012

DuRiAn CrEpE





Sedap sehingga menjilat jari.... cer try wat sendiri yer...
 
CREPE
Bahan-bahan :
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna
Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
  2. Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
  3. Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe.
  4. Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk.
******
DURIAN FILLING
Bahan-bahan:
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
  • Isi durian secukupnya
Cara-cara:

  1. Bentangkan 1 keping crepe
  2. Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
  3. Letakkan isi durian
  4. Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  5. Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk  ...

Wednesday 7 November 2012

FAKTA MENARIK

  1. Dalam Bahasa Inggeris, Sebelum Masihi disebut sebagai B.C (Before Christ) manakala Selepas Masihi sebagai A.D (Anno Domini)
  2. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman
  3. Semut dapat mengangkat beban 50 kali lebih dari badannya
  4. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis di atas kertas marijuana
  5. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu dari keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu
  6. ZIP kod adalah kepanjangan dari "Zoning Improvement Plan"
  7. Coca-Cola mengandungi Coca (zat aktif yang terdapat dalam kokain) dari tahun 1885 hingga 1903
  8. Secara umumnya, kita bercakap 5000 kata setiap hari (walaupun 80% daripadanya kita bercakap pada diri sendiri)
  9. Titik merah pada logo 7 Up berasal dari pengasasnya yang bermata merah. Beliau merupakan seorang albino
  10. Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita kehilangan 70 helai
  11. Tanda 'save' pada Ms. Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik
  12. Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu pertama mereka (Elsa Lowenthal dan Emma Wedgewood)
  13. Unta mempunyai 3 kelopak mata
  14. Otot yang bekerja paling cepat pada badan kita ialah otot kelopak mata yang membuat kita berkelip.
  15. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki
  16. 13% daripada orang di dunia adalah kidal
  17. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan
  18. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 daripada berat tubuhnya
  19. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat
  20. Kod telefon antarabangsa bagi Antartika adalah 672
  21. Gerakan Bruce Lee sangat pantas sehingga mereka harus melambatkan filem supaya kita boleh melihat pergerakannya
  22. Air laut di Lautan Atlantik lebih masin daripada air laut di Lautan Pasifik
  23. Buku Genius Book of Records memegang rekod sebagai buku paling banyak dicuri dari perpustakaan
  24. Dahulu CocaCola berwarna hijau
  25. Siput boleh tidur selama 3 tahun
  26. Memakai headphone selama 1 jam boleh menyebabkan pembiakan bakteria dalam telinga 700 kali lebih cepat
  27. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam 1 minit
  28. Beruang dewasa mampu berlari sepantas kuda
  29. RSVP merupakan kependekan bagi Respondez s'il Vous Plait yang bermaksud meminta jawapan
  30. Nama paling popular di dunia adalah Muhammad

Friday 10 August 2012

pernahkah kau merasa jarak antara kita
kini semakin terasa setelah kau kenal dia
aku tiada percaya teganya kau putuskan
indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
kau pergi tinggalkanku
tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
aku pergi untuk dia
tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Friday 13 July 2012

MANUSIA HARUS BERPEGANG PADA JANJI

Sebagai orang yang beriman kita mesti mematuhi janji yang kita buat. Memungkiri janji adalah satu dari sifat orang-orang munafik.  Allah juga sangat menekankna kepada hambanya supaya memenuhi janji yang kita buat.
firman Allah di dalam Al-Quran , surah Al-Maidah ayat pertma bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janjimu”.
dan surah Al-Isra’ ayat 34 bermaksud:
” Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya”.
Tetapi   sikap memungkiri janji ini bagai telah menjadi  kebiasaan dikalangan umat Islam sendiri, sehinggakan  adakalanya  ada yang sanggup meluahkan kata-kata ” baik berjanji dengan orang kafir dari berjanji dengan orang melayu (baca: Islam)”.   Terungkapnya kata-kata tersebut mungkin disebabkan pengalaman orang tersebut yang terlalu sangat bertemu dengan orang melayu yang memungkiri janji.
Sebagai orang yang hidup bersendikan agama, tidak sepatutnya kita dengan mudah untuk mengukir janji dan kemudian memungkirinya tanpa alasan yang munasabah.   Ingatlah bila kita memungkiri janji, bukan imej kita saja yang buruk, malah ia membaw imej yang negatif kepada orang Islam lain, lebih-lebih lagi bila kita berurusan dengan orang-orang yang bukan Islam.
Cuma perlu juga kita beringat, bahawa bila ada orang lain yang tidak menepati janji mereka  dengan kita, janganlah  kita terus menuduhnya munafik dan sebagainya.  Mungkin orang tersebut ada masaalah untuk menunaikan janjinya pada masa yang di tetapkan.  Berilah  ruang dan peluang kepadanya untuk memberi penjelasan dan bersangka baiklah dengan penjelasan yang di berikan.
Contohnya, bila  kita  ada temu janji yang telah ditetapkan dengan seseorang, tetapi ia tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan, janganlah cepat marah dan mengeluh.  Mungkin di saat itu Allah sedang menguji kita melalui orang tersebut.  Sekiranya kita boleh bersabar dan redha pasti ada pahala yang diberikan.  Mungkin juga  disaat itu Allah tidak mahu kita berjumpa dengan orang tersebut demi kebaikan kita.
Mana kita tahu  apa  yang terbaik untuk kita.  Hanya Allah yang Maha Tahu.
Pernah tak kita  ingin pergi ke suatu tempat, tetatpi kita terpaksa melambatkan  pemergian kita beberapa minit disebabkan masaalah yang mendatang secara tiba-tiba?  Dan apabila kita  dalam perjalanan ketempat tersebut, kita lihat berlaku kemalangan  di sesuatu tempat beberapa minit sebelum kita sampai ke tempat tersebut.
Apa yang terlintas difikiran kita  pada waktu itu?.
Jadi yakinlah, apa yang berlaku semuanya dengan izin Allah.
Sabar dan redhalah  dengan segala ketentuan NYA.  Moga Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi segala ketentuan NYA.
Berdoa adalah tanda tawakal kita kepada Allah kerana waktu itu kita menyandarkan hati hanya kepada Nya.
Berdoalah, Allah itu Maha Pemurah yg tak pernah bakhil,  perbendaharaan Nya tak pernah surut dan berkurang.

Monday 9 July 2012




Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia,
Tak Semestinya Manusia Cinta Kepada Kita,
Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah,
Nescaya Cinta Allah Tiada Penghujungnya.
Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia,
Kita Akan Cemburu Kepada Orang Yang Mencintai
Orang Yang Kita Cintai,
Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah,
Kita Akan Turut Mencintai
Orang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Juga.


Ya Allah,
Andainya Dia Adalah Jodoh Yang Ditetapkan
Oleh-Mu Kepadaku,
Maka Campakkanlah Dalam Hatiku Cinta Kepadanya Adalah
Kerana-Mu,
Dan Campakkanlah Dalam Hatinya,
Cinta Kepadaku Adalah Kerana-Mu.


Namun,
Andainya Dia Bukanlah Jodoh Yang Ditetapkan Oleh-Mu Kepadaku,
Berikanlah Ku Kekuatan Agar Pasrah Dalam Mengharungi Ujian,
Yang Kau Berikan Kepadaku.


Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada-Mu, Agar Bertambah Kekuatanku Untuk Mencintai-Mu.


Ya Muhaimin,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Jagalah Cintaku Padanya Agar Tidak Melebihi Cintaku Pada-Mu.


Ya Rabbana,
Jika Aku Jatuh Hati,
Jagalah Hatiku Padanya Agar Tidak Berpaling Pada-Mu.


Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jalan-Mu.


Ya Allah,
Jika Aku Rindu,
Jagalah Rinduku Padanya Agar Tidak Lalai Aku Merindui Syurga-Mu.


Ya Allah,
Jika Aku Menikmati Cinta Kekasih-Mu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya Bermunajat Di Sepertiga Malam Terakhir-Mu


Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Hati Pada Kekasih-Mu,
Janganlah Biarkan Aku Tertatih Dan Terjatuh Dalam Perjalanan Panjang Menyeru Manusia Kepada-Mu.


Ya Allah,
Jika Kau Halalkan Aku Merindui Kekasih-Mu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki Dan Rindu Abadi Hanya Kepada-Mu.
Mati HANYA SEKALI JADIKANNYA PADA JALAN Allah



Friday 18 May 2012

CER TRY YER..

MEE UDANG

Bahan-bahan: ( Hidangan utk seorg mkn )

Mee kuning(agak2 utk seorgnye mkn)
Udang bersaiz XL 6 ekr(d buang tanduknye,janggutnye n muncungnye shj)
Bwg putih 1 ulas~d tumbuk halus
Lada kisar 2sb
Sos tomato 4sb
sedikit Garam
1sb gula
Sedikit serbuk perasa
Sawi 1pokok,daun sup 1 pokok d ptg 1inci & 2sb bwg goreng
Sedikit kobis d ptg memanjang & air msk 2cawan
#UTK HIASAN# Daun sup,bwg goreng, cili besar & hirisan limau nipis.

Cara-caranya:

1.Panaskn 2sb minyak kemudian tumiskn bwg
pth hingga naik bau.
2.Masukkn lada kisar n d gaul rata. 3.Masukkan air msk,sos tomato biarkn
hingga mendidih.
4.masukkan udang,daun sup n bwg goreng~
biarkn sampai udang msk.
5.Angkat udang dahulu kemudian mskkn
mee,sawi,kobis,garam,gula n ajinomoto
utk tempoh 5min.
6.Angkat mee td n blh lah d hias dgn
meletakkan udang diatas mee kemudian di
tabur dgn daun sup,bwg goreng, cili
besar dan hirisan limau nipis. Selamat
mencuba..



erm...yummy...yummy

Wednesday 15 February 2012

surah kausar

```RAHSIA SURAH AL KAUSAR```

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat... & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan Cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.