Thursday 22 December 2011

Kenapa Awak Masih Keseorangan Tanpa Teman?

Rasanya saya bukanlah orang yang pertama mengajukan soalan di atas kepada awak. Betul tak? Mungkin awak sudah bosan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:

"Bila awak nak cari teman lelaki?"
"Bila awak nak kahwin?"
"Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"

dan sebagainya.

Saya faham... awak bukannya tidak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.

Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah awak hanya memandang awak sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada awak? Adakah awak ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah awak tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?

Tidak! Awak tidak mendapat teman lelaki ataupun suami kerana awak tidak mencari cinta tersebut

**ramai yang mengatakan bahawa jodoh takkan datang sekiranya tak di cari..insyaallah jodoh dari Allah itu akan datang dengan sendirinya..BERSABARLAH

****tapi ketahuilah setiap benda hidup kat muka bumi ini di ciptakan berpasang-pasangan..jodoh kiter telah ditentukan sejak d Luh Mahfuz lagi..cuma kiter tidak tahu bila dan dimana kiter akan bertemu jodoh tersebut..JODOH KITA HANYA TUHAN TELAH TETAPKAN..so,jangan bersedih sekiranya orang-orang keliling bertanyakan soalan sedemikian terhadap anda..

****anda hanya perlu bersabar dan berusaha..setiap apa yang kiter rancang tak semestinya akan terjadi sekiranya YANG MAHA ESA tak mengizinkan ia berlaku..